Saturday, 2 July 2016

Surah Al-Baqarah (132)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 132:
Ringkasan tafsir; 
Ayat ini menerangkan bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub telah berwasiat kepada anak-anaknya sebelum menutup matanya, supaya anak-anak nya kekal dalam agama Islam dan menyeru “Hai anak ku ! sesungguhnya Allah telah memilih agama Islam untuk kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu berada dalam agama Islam”.

Ayat ini menceritakan betapa pentingnya manusia berwasiat yang baik-baik agar kesejahteraan anak-anak akan kekal selamanya dan taat kepada Allah.

Nabi Ibrahim ada beberapa isteri;  Siti Hajar, Siti Sarah, Qontura.

Anak-anak Nabi Ibrahim terdiri dari;  Ismail, Ishak, Madyan, Madan, Yaqnan, Zamran, Syaik dan Syaukh.

Maka bermulalah anak-anak Nabi Ibrahim bertebaran diseluruh Timur Tengah yang terciptalah beberapa keturunan berpuak-puak diseluruh pelusuk tanah Arab.
 
Nabi Ishak mempunyai anak yang terdiri dari; Yaakub, Isu.

1) Isu digelar Abur-Rum (yakni bapa orang-orang rom) dan daripadanya membiaknya keturunan orang Rom.

2) Yaakub digelar sebagai Israel (alam bahasa Ibrani) dan daripadanya membiaknya keturunan Bani Israel.
 
Nabi Yaakub terdiri 12 orang anak;

Anak dari isteri bernama Laiya mendapat 6 ornag anak; Rubil, Syamun, Lawi, Yahuza, Isakhar dan Zabulun.

Anak dari isteri bernama rahil mendapat  2 orang anak; Yusuf dan Binyamin.

Anak dari isteri bernama Balhah mendapat 2 orang anak; Dana dan Naftali.

Anak dari isteri bernama Zilfa mendapat 2 orang anak; Jada dan Asyir.  

Balhah (jariah kepada Laiya)
Zilfa (jariah kepada Rahil).
Jariah = hamba sayaha perempuan 


[Previous] [Next]

Sumber,

Terjemahan (1.2.131~140);  
[GS] https://t.co/1b8uMtHMzS
Ulasan (1.2);  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan, 
[G+] https://plus.google.com/109310280210041957287/posts/VHqKkU6Skpn